Kek Lapis And More adalah sebuah perniagaan membuat dan menjual Kek Lapis Sarawak secara terus dan juga secara talian kepada pembeli. Kek Lapis yang saya hasilkan adalah buatan saya sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti. Saya beroperasi dari rumah saya yang terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Harga yang saya tawarkan adalah berpatutan dan mampu-beli oleh semua golongan. Kebanyakan Kek Lapis yang saya hasilkan ialah Kek Lapis Bercorak Moden dengan pelbagai perisa, sesuai untuk pelbagai majlis keraian seperti Hantaran Pertunangan, Perkahwinan, Cenderahati Tetamu, Majlis Hari Jadi, Buah Tangan, Hadiah, Hamper Perayaan dan lain-lain lagi. Selain Kek Lapis Bercorak Moden , saya juga menghasilkan Kek Lapis Tradisional biasa dengan pelbagai perisa. Untuk majlis-majlis tertentu contohnya untuk Hantaran Pertunangan, pelanggan-pelanggan diberi kebebasan untuk memilih corak yang disukai yang boleh didapati di KATALOG KEK LAPIS saya. Ramai pelanggan saya amat berpuas hati dengan kualiti dan rasa Kek Lapis yang sedap yang saya hasilkan. Bahkan saya mempunyai ramai pelanggan yang setia membeli Kek Lapis sejak tahun 2007, tidak hanya di waktu perayaan tetapi pada hari-hari biasa juga. Antara Kek-Kek yang mendapat sambutan dan sentiasa berada dalam senarai “most ordered cakes” adalah Kek Lapis Sisik Ikan, Kek Lapis Cadbury, Kek Lapis Horlicks, Kek Lapis Strawberry Cadbury. Kek Lapis Sisik Ikan merupakan Kek Lapis yang PALING LARIS sepanjang saya menjual Kek Lapis ini. Kek Lapis ini berperisa Masam-Manis. Silalah mencuci mata dengan gambar-gambar Kek Lapis yang telah saya hasilkan dan sekiranya berminat untuk mencuba rasanya pula, jangan segan-segan…silalah hubungi saya di mila.cakes.cookies@gmail.com / telefon 016-256-2706 / isi borang tempahan di http//keklapisandmorerder.blogspot.com/

Monday, June 6, 2011

TEMPAHAN KEK LAPIS DIBUKA SEPERTI BIASA

Assalamualaikum

Tempahan Kek Lapis sudah dibuka seperti biasa. Sila email atau isi Order Form untuk menempah.

Lain-lain info akan diupdate dari masa ke semasa.

Terima kasih.

Mila's Kek Lapis

0 comments: