TEMPAHAN HARI RAYA 2012

KekLapisAndMore @ Mila Kek Lapis kembali beroperasi seperti biasa. Tempahan dibuka semula seperti biasa. Sila email mila.cakes.cookies@gmail.com @ sms 0162562706 untuk apa2 pertanyaan atau untuk mengetahui ready stok yg available.

Sekian

Wasalam

Monday, April 21, 2008

KEK BATIK a.k.a LAZY CAKE



Yesterday, my husband asked me to make kek batik a.k.a lazy cake coz dia teringin sgt nak makan kek batik nih...setelah sekian lama disogok ngan kek lapis je hehehe. So, ini lah dia kek batik nye.

Resepi kek batik:-

500gram biskut marie
250gm butter
4 biji telur
2 cup cocoa powder
1 cup milo
2 cup air
1 1/2 cup gula
1/2 tin susu pekat
2 sudu meja browning

Cara2:-

1. Milo, koko, gula dan air dibancuh sekali dan masuk dalam periuk. Kacau sampai semua larut. Gunakan api sederhana.
2. Masukkan butter dan kacau lagi sampai butter cair dan adunan sebati.
3. Kecilkan api. Masukkan telur dan kacau sampai agak pekat.
4. Tuang adunan ke dalam bekas yang dah diletakkan biskut marie (patah-patahkan dulu). Kacau sebati.
5. Masukkan dalam bekas dan tekan sampai padat.
6. Tunggu sejuk then masuk dlm fridge.

** Milo dan koko tu, ekceli ikut suka. kalau nak rasa coklat lebih, lebihkan koko, kalau nk milo lebih, lebihkan milo gitu.
** Alas acuan atau bekas dengan kertas plastik sebelum meletakkan adunan, so that nanti senang nak alihkan kek tu dari bekas.

Selamat mencuba.

4 comments:

NuRuL said...

akak, saya dah banyak kali cuba buat kek batik nih tp fail jer sokmo.. tak penah2 nk jadi..huhu

Mila said...

nurul, try la resepi akak ni. simple je. semua masak je. tapi api kena kontrol sikit lah, takut hangus.

and one more thing, don't try too hard. kena malas2 sikit buat kek ni, kalau rajin tak jadi that's why the cake is also known as Lazy Cake...hehehehe..... relax jeee..

Anonymous said...

Salam mila, kek ni tahan jika diluar peti ais tak?

Mila said...

tahan gak kalau kat luar peti ais... dlm seminggu tapi kek jadi lembik sikit.

Followers